8 Mac 2010

Pada hari Rabu bertarikh 10/3/2010 akan diadakan pilihan raya untuk pemilihanMPP Kolej Psdc. Sebagai Mahasiswa/wi Kolej Psdc anda perlu menunaikan kewajipan anda untuk mengundi calon yang layak untuk memegang jawatan di dalam MPP.Jangan lupa tunaikan kewajipan anda sebagai seorang pelajar. 

Tahniah!!!!Ahli prs merupakan calon MPP kolej psdc  2010

v      Wan Mohd Azril

v      Mohd Faiz

v      Mohd Rifae'i

v      Adzrul Hanif

v      Mohd Hafiz

 Selamat berkempen kepada semua calon MPP Kolej Psdc
2010 semoga maju jaya.


27 Oktober 2009

Perjumpaan Ahli Prs

Satu perjumpaan ahli prs telah diadakan di Foyer Kolej Psdc jam 12.40 t/h.Perjumpaan ini diadakan untuk memantapkan lagi barisan ahli Kelab Prs Kolej Psdc.Kehadiran ahli adalah amat menggalakkan,bermula ahli prs sem 1 hingga sem 5.Turut hadir dalam perjumpaan itu ialah mantan Penasihat Prs Kolej Psdc En.Azdri Bahtiar Bin Abdul Aziz.

 

 

16 September 2009


Majlis Berbuka Puasa Kelab PRS Kolej PSDC 2009

Alhamdulillah, pada hari semalam 15 September 2009, Kelab PRS Kolej PSDC telah berjaya menganjurkan satu majlis berbuka puasa. Majlis ini diketuai oleh Saudara Mohd Shamsul bin Mat Amin sebagai Pengarah Program dan dibantu oleh beberapa orang Jawatankuasa yang lain. Tahniah diucapkan kepada Pengarah dan Jawatankuasa yang terlibat kerana usaha yang telah anda lakukan telah membuahkan hasil.

Majlis tersebut berlansung di sebuah tempat berhampiran dengan UiTM Cawangan Kuantan. Majlis telah bermula pada jam 6.30 petang dan dipengerusikan oleh Saudara Mohammad Faiz bin Abu Bakar dan Saudari Mardiati Akmar binti Mahadi yang kedua-duanya adalah AJK Kelab PRS Kolej PSDC 2009.

Majlis turut menjemput beberapa orang individu iaitu mantan Penasihat Kelab PRS Kolej PSDC Encik Azdri Bahtiar dan dua orang bekas ahli Kelab PRS Kolej PSDC yang aktif iaitu Saudara Muhaimin dan Saudara Mohd Said. Secara keseluruhannya majlis ini berjaya mencapai matlamatnya kerana majlis ini berjaya menguatkan lagi ukhuwah yang telah terjalin antara ahli-ahli Kelab PRS Kolej PSDC. Tetapi terdapat sedikit kekurangan pada majlis kerana beberapa orang AJK tertinggi tidak menghadirkan diri ke majlis tersebut.

27 Ogos 2009


Dari Meja Admin

Hari ini adalah hari keenam umat Islam berpuasa. Rasanya belum terlambat saya dari pihak admin untuk mengucapkan Selamat Berpuasa kepada semua pelayar website ini yang beragama Islam. Diharap semua akan menjalani ibadah puasa ini dengan penuh kesabaran dan penuh keikhlasan. Semoga amalan yang dikerjakan akan diterima dan mendapat keberkatan dari Allah S.W.T.

Selain itu, saya juga ingin memohon maaf kepada peserta kem yang terbaru kerana saya masih belum dapat gambar-gambar untuk diupload. Bukan taknak atau sengaja melambatkan. Harap maklum.

30 Julai 2009


Kem Jatidiri Pelajar SMK Bandar Tun Razak

Bermula pada 27 hingga 29 Julai yang lalu, satu kem yang dinamakan Kem Jatidiri telah diadakan untuk pelajar SMK Bandar Tun Razak, Muadzam. Beberapa orang exco dan ahli Kelab PRS Kolej PSDC telah menjadi fasilitator dalam kem ini yang diadakan di Taman Pertanian, Indera Mahkota.

Mereka adalah Pengerusi Kelab PRS Kolej PSDC Saudara Muhammad Riduan b. Md Nazri, Naib Pengerusi kelab Nor Laila bt. Md Lazim, Exco kelab Mohammad Faiz b. Abu Bakar dan Azera A/P Chiong, Ahli kelab Mohd Adam b. Sa'ari, Muhammad Firdaus b. Salim, Suzana bt. Daud dan Mohamad Haffiz bin Ismail.

Terima kasih diucapkan kepada YM Raja Ismail b. Raja Shahadan dan Saudara Abdul Muhaimin bin Haron atas kesudian untuk menjemput Kelab PRS Kolej PSDC menyertai program anjuran Perasa Management. Selain dari ahli Kelab PRS Kolej PSDC, pihak Perasa Management juga ada menjemput bekas ahli kelab iaitu Sharifah Asma bt. Syed Zain. Dua orang fasilitator dari Politeknik Muadzam juga telah dijemput iaitu Saudara Mohd Hanizam b. Md Daiam dan Saudara Mustakim b. Kadir. Tidak dilupakan juga beberapa orang pelajar Kolej PSDC yang bukan ahli Kelab PRS iaitu Muhammad Rifa'ei b. Mohd Hanafiah, Nasiruddin b. Mohd Nasir dan Helmi.

16 Julai 2009


Selamat Kembali Pelajar DKM

Walaupun sudah seminggu mendaftar untuk menyambung, saya dari pihak admin tetap ingin mengucapkan selamat kembali kepada para pelajar DKM semester 2, 4, 5 dan 6 ke PSDC. Manakala ada pelajar DKM yang sedang menjalani latihan industri, diucapkan selamat menjalani latihan industri.

13 Jun 2009


Kita Kehilangan Seorang Exco

Satu perkhabaran sedih untuk semua, seorang dari exco kita yang berbakat telah berhenti pengajian di PSDC kerana telah mendapat tawaran kerja. Beliau adalah Nur Muhammad bin Abdul Halimi. Ini bermakna kita perlu melantik seorang exco baru untuk organisasi kita pada semester hadapan.

27 Mei 2009

Gambar Program Perkelahan

Sukacita dimaklumkan, gambar untuk program perkelahan pada hari Ahad yang lalu telah di upload ke website Kelab PRS Kolej PSDC.

24 Mei 2009

Program Perkelahan Kelab PRS Kolej PSDC

Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Walau sambutan dan kerjasama yang kurang memberansangkan dari ahli-ahli kelab, namun ramai juga yang sudi hadir ke program yang tak seberapa ini. Terima kasih kepada semua yang sudi untuk memeriahkan program ini. Yang pastinya semua yang hadir boleh bergembira sambil bertukar-tukar fikiran.

Antara ahli yang hadir adalah Mohd Riduan, Nor Laila, Norliza, Nabila Aiza, Mohd Shamsul, Nur Muhammad, Mohd  Firdaus Khairul Anuar, Muhmammad Haziq, Siti Azira, Mardiati Akmar, Ahmad Fakhrudin, Ahmad Faizal, Aizuddin, Abdul Aziz, Mohd Firdaus Salim, Mohd Adzrul Hanif, Mohd Said, Mohd Shafiq, Mohd Yusri, Aiydil Hakim dan juga penasihat kelab En. Azdri Bahtiar.

20 Mei 2009

Program Minggu Mesra Siswa Mei 2009

Hari ini, 20 Mei 2009, satu pengambilan pelajar-pelajar baru telah dibuat untuk program DME dan juga DTK. Pada hari yang sama juga, diadakan Program Mesra Siswa ataupun nama lain minggu orientasi. Beberapa orang ahli Kelab PRS Kolej PSDC telah terlibat dengan program tersebut.

18 Mei 2009

Program Minggu Mesra Siswa April 2009

Program usahasama ini adalah anjuran HEP dengan kerjasama Kelab PRS Kolej PSDC yang berlansung pada 17 hingga 19 April 2009 di Kolej PSDC. Beberapa orang ahli PRS telah terlibat dengan program ini. Kelambatan info dalam buletin adalah kerana saya menganggap pihak HEP akan upload gambar-gambar program ini ke website Kolej PSDC. Tapi memandangkan pihak HEP tidak upload gambar-gambar tersebut ke website Kolej PSDC, tiada salahnya jika Kelab PRS upload gambar program tersebut..

Antara ahli Kelab PRS yang terlibat dan menjadi fasilitator adalah Ahmad Fakhrudin b. Ahmad Taufik, Asma El-Huda bt Razali, Haffazirah bt Ibrahim, Mohammad Faiz b. Abu Bakar, Mohammad Haziq b. Mohd Halimi, Mohd Adzrul Hanif b. Abdul Rahman, Mohd Shamsul b. Mat Amin, Muhamad Firdaus b. Khairul Anuar, Muhammad Riduan b. Md Nazri, Natrah bt Husin, Noor Azwa bt Ayeop, Norliza bt Abdullah, Sharmilla bt Ahmad, Wan Nurul Nadia bt Wan Abdul Rahman, Mohd Firdaus bin Salim dan penasihat Kelab PRS Kolej PSDC.




7 Mei 2009


Program Motivasi Sehari di SMK Temerloh

Program terkini Kelab PRS Kolej PSDC telah diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Temerloh. Program ini dianjurkan oleh Perasa Management (YM Raja Ismail) dengan kerjasama Kelab PRS Kolej PSDC. Antara fasilitator yang terlibat dalam program ini adalah Abdul Muhaimin, Muhamad Yusri, Azdri Bahtiar, Ahmad Faizal, Mohd Shamsul, Aizuddin, Abdul Aziz, Suzana dan juga Azera. Pelajar yang terlibat adalah pelajar tingkatan 3, tingkatan 4, tingkatan 5 dan tingkatan 6. Jumlah keseluruhan peserta adalah seramai 84 orang.


5 Mei 2009


Program Motivasi Sehari

Satu Program Motivasi Sehari telah diadakan di Sanubari Beach Resort untuk pelajar yang akan menghadapi peperiksaan UPSR. Anjuran Perasa Management dan juga Kelab PRS Kolej PSDC.  Antara fasilitator yang terlibat adalah Muhamad Yusri bin Abdul Shukor, Muhamad Haziq bin Mohd Halimi, Mohd Faiz bin Abu Bakar, Mohd Firdaus bin Salim dan Mohd Adzrul Hanif.


4 Mei 2009

Pembatalan Dinner Kelab PRS

Berita yang menyedihkan... Dinner yang dirancang terpaksa dibatalkan kerana sebab-sebab tertentu. Bukan kerana bajet atau apa-apa seperti kebiasaannya.


1 - 3 Mei 2009

Kem Kepimpinan Pelajar SMK Seri Bahagia

Satu Kem Kepimpinan Pelajar telah diadakan di Kem Bestari, Kampung Pontian, Rompin. Kem Kepimpinan ini adalah untuk pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bahagia, Temerloh. Diadakan selama 3 hari dan 2 malam. Kem ini dikendalikan oleh YM Raja Ismail bin Raja Shahadan, Azdri Bahtiar bin Abdul Aziz, Abdul Muhaimin bin Haron dan Muhamad Yusri bin Abdul Shukor. Seramai 40 orang pelajar terlibat dalam kem ini.


28 April 2009

Mesyuarat AJK Tertinggi Kelab PRS

Mesyuarat AJK tertinggi Kelab PRS telah diadakan untuk membincangkan tentang beberapa perkara baru dan perkara berbangkit. Antara perkara yang telah dibincangkan adalah tentang website rasmi Kelab PRS dan juga Makan Malam PRS.


25 April 2009

Kelab PRS Kolej PSDC Di Sinar Harian Pahang

25 April, berita tentang PRS PSDC telah diterbitkan sekali lagi di dalam akhbar Sinar Harian Pahang. Berita tersebut diterbitkan adalah berikutan dari Program Motivasi Sehari di Sekolah Menengah Kebangsaan Geliga, Kemaman yang telah dianjurkan oleh Kelab PRS Kolej PSDC.


25 April 2009

Website Kelab PRS Kolej PSDC

Pada tanggal 25 April 2009, website rasmi Kelab PRS telah mula dibina dan boleh diakses dari rangkaian internet dari mana-mana sahaja. Walau bayak lagi kekurangan dan page kosong dalam website ini, tetapi ia akan diatasi dalam masa yang terdekat. Disinilah tempat untuk anda semua, Ahli Kelab PRS Kolej PSDC..


Kelab PRS Kolej PSDC, Kuantan